RSS

Cita-Cita Dan Dasar Silat Gayong

02 Sep

Seni silat ialah satu seni yang terhasil daripada kepintaran bangsa Melayu. Penekanan pembelajaran silat seni dalam masyarakat Melayu adalah sejajar dengan seruan Allah S.W.T. dalam Surah Ar-Ra’d supaya umat Islam bersiap sedia menghadapi musuh dengan kadar kekuatan yang termampu. Ini merupakan cita-cita dan dasar utama Silat Seni Gayong yang meletakkan agama di tempat yang Maha Tinggi.

Silat Seni Gayong sebagai salah satu daripada seni silat Melayu tertua telah terbukti mampu menjadi wadah untuk mempertahankan akidah dan maruah umat Islam. Hakikat ini dinilai melalui coretan sejarah negara kita yang pada suatu ketika dahulu dijajah oleh kuasa asing. Pergerakan para pahlawan Silat Seni Gayong seperti allahyarham Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tuk Zainal, Dato’ Maharaja Lela dan ramai lagi pejuang kemerdekaan tanahair telah berjaya membataskan penguasaan pihak penjajah dalam politik dan sosio-budaya penduduk tempatan.

Pejuang kemerdekaan tanahair tersebut merupakan pemimpin agama yang lazimnya menjadi teras kepimpinan tradisi masyarakat Melayu zaman dahulu. Mereka dimuliakan dan disanjungi bukan semata-mata keilmuan tinggi dalam bidang keagamaan, bahkan semangat perjuangan dan sifat kependekaran yang dimiliki beserta sikap yang tegas dalam menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran.

Kini Silat Seni Gayong ialah satu warisan bangsa yang diajar kepada waris generasi sebagai alat pendidikan dan pembentukan disiplin dalam rangka menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara. Ia mestilah dipelihara agar bangsa kita dapat menghargai warisan nenek moyang dan seterusnya menghayati makna sebenar sebuah kemerdekaan.

Namun begitu, cita-cita dan dasar asal pergerakan Silat Seni Gayong tidak harus luput ditelan perubahan. Ia mesti terus dan sentiasa dipupuk dalam jiwa anak-anak gayong agar segala apa yang diperjuangkan akan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

 
Leave a comment

Posted by on September 2, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: