RSS

Falsafah Silat Gayong

02 Sep

Falsafah Silat Seni Gayong ialah falsafah etika yang membicarakan kaedah pembentukan akhlak terpuji. Ia memupuk peningkatan nilai peribadi daripada segi kualiti, matlamat dan sentiasa bergerak dalam lingkungan pedoman yang diberikan. Falsafah ini juga wujud dalam setiap amalan adat istiadat, peristiwa sejarah, puisi, amanat dan pelajaran Silat Seni Gayong.

Kalimah Silat Seni Gayong itu sendiri tersirat tiga pengertian yang amat besar. Pengertian yang menjelaskan falsafah utama Silat Seni Gayong. Falsafah yang membezakan Silat Seni Gayong dengan seni silat yang lain. Di dalam Silat Seni Gayong, Silat merupakan segala teknik, kaedah dan langkah pencak yang digunakan untuk membela diri atau melakukan serangan balas. Ia hanya meliputi aspek lahiriah semata-mata.

Seni dalam kontek Silat Seni Gayong pula ialah satu unsur dalaman yang menekankan konsep kerohanian dan pembersihan diri. Ia mendidik dan membentuk pertahanan dan ketahanan jiwa yang sentiasa perlu dibaja dengan makanan kerohanian dan dihiasi adab kesopanan serta akhlak yang terpuji. Manakala Gayong ialah suatu kalimah yang menggariskan sifat peribadi – sifat yang membina unsur silat dan unsur seni dalam jiwa dan jasad seorang murid Gayong.

Oleh itu, falsafah etika ini berkait rapat dengan adat istiadat, pelajaran dan pendidikan yang bertunjangkan ajaran Islam. Ajaran yang menjadi sumber inspirasi, motivasi dan pengawasan untuk membina diri dengan nilai-nilai luhur sebagaimana ia diterima oleh semua agama dan masyarakat yang waras.

Falsafah Silat Seni Gayong daripada satu sudut yang lebih global akan hanya dapat dikupas melalui skop kajian integrasi pemikiran yang luas meliputi aspek sejarah, adat istiadat, pelajaran dan perkembangan Silat Seni Gayong itu sendiri. Hanya mereka yang mendalami ilmu Silat Seni Gayong secara praktikal dan menghayati setiap unsur daripadanya akan dapat menghuraikan Falsafah Silat Seni Gayong dengan tepat dan lengkap.

 
Leave a comment

Posted by on September 2, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: